KUSANGKA AIR RUPANYA PASIR
Bilangan Muka Surat : 250
Saiz: 21cm x 14cm x 2cm
Anggaran Saiz : A5
Muka Buku : Kulit Lembut
Warna Dalam : Hitam Putih
ISBN : 978-967-388-877-1
Berat : 0.5kg
Penulis :
  • Husna Binti Hassan

Kelebihan

  • Buku Kusangka Air, Rupanya Pasir ini merupakan peluang untuk kita semua memahami tentang dunia dan akhirat secara sama rata.
  • Buku ini menjadi inisiatif bagi kita memahamkan diri kita sendiri, termasuk juga anak-anak di bawah didikan penjaga tentang hakikat dunia dan akhirat, tetapi dalam bentuk yang begitu mudah.
  • Oleh itu, buku Kusangka Air, Rupanya Pasir ini perlu menjadi bacaan kita semua bagi memastikan kita tidak menjadi hamba dunia, sebaliknya menjadi hamba Allah

Sinopsis

Benarkah dunia itu manis dan hijau? Adakah dunia ini begitu singkat ibarat jarak antara azan dengan iqamat?

Ada manusia yang kulihat hidupnya di dunia ibarat kelekat yang tertipu. Ada manusia yang mengejar dunia ibarat merenung lautan yang tidak bertepi, akhirnya lelah, lemah dan lemas. Ada yang terasa mempunyai harta kebendaan yang melimpah-ruah, namun hakikatnya Cuma secuil daripada perbendaharaan Allah.

Kenalkah kita hakikat sebenar dunia?

Justeru, buku ini mengenalkan kita tentang warna sebenar dunia, bukan untuk mematikan rasa terhadap dunia atau menghilangkan pesona dunia, sebaliknya untuk membetulkan jalan yang kita tempuh sepanjang berkelana di bumi pinjaman ini. Jangan sampai apa yang kita kejar di dunia ini pada saat panas terik di padang pasir itu terasa udara, namun apabila sampai, apa yang ditemui cuma pasir ...


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
KUSANGKA AIR RUPANYA PASIR
MUKMIN PROFESIONAL
PERANGKAP CURANG
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN